Wednesday, June 3, 2009

Entry 1st Cap Ayam

Abaikan title. Otak aku tak berfungsi dengan baik hari ini. Aku bukan ada masalah mental. Diminta semua bertenang.


Meja aku dekat opis sebelah dinding. Tepi dinding tu ada cicak. Cicak tuh badan dia tompok2. Tapi nama dia bukan Si Tompok. Nama dia Cicak Kurt Curbin. Macam tu ke eja nama kurt cubin. Kejap.. mengGoogle dulu.
-

-


-


-


-


back.. Silap la.. Cicak Kurt Cobain. Aku benci cicak tuh. Di saat tak terduga dia muncul tiba-tiba. Aku nak jerit tapi tak boleh nanti Boss kena heart attack. Aku shuuhhh.. shuhhhh saje. Aku memang benci cicak. Aku isytiharkan cicak adalah musuh aku di mana juga.

Maafkan aku cicak. Kau tak bersalah. Aku tak beniat menganggap ko seteru. Tapi ko tetap bersalah kerana mencabul teritori aku.


Kurt Cobain best jugak.Aku suka lagu Nirvana. Aku ada cerita pasal Nirvana.Nih masa aku berskolah di asrama. Aku di zaman muda belia Aku pernah eskep (escape-nih aku tak google) time perhimpunan pagi. .

Berbalik cerita eskep, aku nak nyorok kat tandas pompuan tapi terkunci dari luar. Agaknya dah ada orang eskep kat dalam. Aku masuk tandas lelaki. Perhatian, aku bukan dua alam. Tapi aku terpaksa. Aku kunci pintu jamban. Aku nampak ada plastik hitam atas tempat flush. .( Nih jamban cangkung, bukan mangkuk lah mangkuk)Aku tinggi macam model. Aku capai plastik tu.Aku hambik plastik hitam itu. Aku agak saspen. Aku pelan2 bukak. Pastuh aku jumpa..
-


-


-pelbagai kaset2. Dulu aku sekolah asrama sangat strict konon. Bawa kaset kena tangkap dan di bawa ke muka pengadilan. Adil ke..? Kolotnya 10 tahun yang lampau. Agak ada student nyorokkan kaset dia sebab takut di rampas oleh pihak gila kuasa. Namun kaset2 itu jatuh ke tangan aku. Aku tak gila kuasa.

Aku belek2 kaset tuh. Ada satu kaset kaler biru cover dia, macam laut, ada baby lelaki nampak anu terapung. Aku pelik. Magiklah baby tuh. Aku tak kenal sapa baby lelaki itu. Balik rumah weekend aku pasang kaset baby nampak anu tu (saja kasik bold).
Baru aku tahu itu kumpulan Nirvana. Bukan kumpulan Mirwana kump. nasyid yang bekas ahli nya dah bersalin kulit atas pentas.. Aku kenal Nirvana masa umur 15 tahun. Tapi aku tak sebodoh Kurt Cobain. Napa dia menembak diri dia.. kan bagus dia tembak cicak yang menggangu aku selama ini.. ohhh..

No comments:

Post a Comment