Friday, June 5, 2009

Di mana Kak Miah Sekarang..?

Pernahkah kamu merasa kepanasan yang melampau seumpama dikukus di dalam ketuhar gelombang mikro bagi menghasilakn seloyang kek coklat.

Aduh.. saat ini aku tanpa seurat benang. Iya.. Aku mmg tanpa seurat benang kerana kepanasan. Hatta penghawa dingin yang bersuhu 16 darjah celcius pun tak mampu mendinginkan badan aku.

Saat ini..homosapiens yang berukuran 165cm tinggi, 50kg jisim, 34'26'35' mengetik komputer riba dengan keringat yang mengalir serta jangan dilupa tanpa seurat benang. Gila panassss...

Tapi dulu-dulu, masa aku mengadu..panas.. kak miah akan bising.. "nanti kat neraka lagi panas.." Aku terdiam.

Kak miah adalah orang gaji.. opss.. pembantu rumah kami berasal dari Selangor. Masa itu zaman 90-an. Zaman semua anak gadis merasa dirinya Fauziah Latiff. Aku rasa pojiah latip biasa jek time tuh. Kak Miah juga sangat alim. Dia bertudung labuh. Mengajar aku mengaji. Memantau aku bersolat. Memerhati tutur kata yang terpacul dari mulut aku. Oleh kerana kealimanan Kak Miah itu, maka jiran-jiran disekeliling menghantar anak mereka untuk mengaji Iqra di rumah aku. Kak Miah lah ajar mengaji, bukan aku.

Kak Miah penah rotan aku kerana dialog yang kurang ajar dari mulut aku.

"kamu nih dah semayang belum"

"nanti lah kak, penat la.. malas.."

"nak abis waktu dah.., apa malas2 nih..? nak solat pun malas nak jadi ape?"

"ahhh.."

"anak gajah pun tak malas macam kamu.. pegi la semayang"

"eleh.. dia tuh macam mak gajah tak sedar.."

Zasss.. rotan menghinggap di kaki aku. Memang patut pun kan. Aku baru 9 tahun masa tu, dan bila diingat kembali.. Aku bertuah ada pembantu rumah yang bukan saja menjaga tetapi mendidik aku. Biarpun dengan ROTAN. Di mana Kak Miah sekarang..?



Btw,sekarang nih pembantu rumah pulak makin kuang ajar kan.mcm s**l..

1 comment:

  1. gua nak ajak lu dtg kenduri kt blog gua..ikut baca doa skali pun takpa..

    kali ke empat gua buat kenduri ni...

    ReplyDelete